Pengenalan Kepada Spread Trading

Kongsikan:

spread trading

Spread Trading adalah pendekatan perdagangan yang kurang popular berbanding dagangan Outright , namun ia mempunyai potensi besar kepada pedagang Futures newbie mahupun professional.

Apakah sebenarnya Spread Trading?

Spread Trading vs Outright Trading

Terdapat 2 cara untuk berdagang. Pendekatan pertama dipanggil Outright Trading, di mana pedagang berspekulasi tentang arah suatu aset. Ini adalah cara yang paling biasa digunakan oleh pedagang untuk berdagang di pasaran hadapan.

Gambar 2 : Carta Kontrak Outright FCPO-MAY24

Pendekatan kedua dipanggil Spread Trading. Melalui Spread Trading, pedagang berspekulasi tentang perbezaan harga antara 2 kontrak futures.

Gambar 2 : Carta Calender Spread bagi FCPO-MAY24JUN24

2 kategori Spread : Inter-market dan Intra-market

Terdapat 2 kategori spread, iaitu Intra-market spread dan Inter-market spread.

Intra-market spread: perbezaan harga 2 kontrak dalam satu pasaran yang sama (contoh: Minyak Sawit Mentah)

Inter-market spread: perbezaan harga 2 kontrak dalam pasaran yang berbeza dan berkait rapat (contoh: Minyak Sawit Mentah vs Minyak Soya)

Calendar Spread FCPO

Untuk artikel ini, kita akan memberi tumpuan kepada intra-market spread khususnya FCPO.

Gaya yang paling biasa dalam perdagangan intra-market spread adalah calendar spread, yang merupakan tindakan membeli dan menjual kontrak dari kelas aset yang sama yang tamat pada bulan yang berbeza.

Sebagai contoh:

Harga FCPO-MAY24 (kontrak FCPO-K24) = RM4053

Harga FCPO-JUNE24 (kontrak FCPO-M24) = RM3970

Calendar Spread = FCPO-K24 – FCPO-M24 = RM4053 – RM3970 = RM83

Dalam contoh ini, apabila anda membeli calendar spread, anda pada dasarnya membeli FCPO-MAY24 dan menjual FCPO-JUNE24 pada masa yang sama.

Dengan kata lain, apabila anda membeli calendar spread, anda pada dasarnya mengambil 2 kedudukan dengan membeli 1 kontrak bulan dan menjual kontrak bulan lain dalam pasaran futures.

Sementara itu, menjual calendar spread bermaksud anda menjual FCPO-MAY24 dan membeli FCPO-JUNE24 pada masa yang sama.

Mengapa berdagang Calendar Spread?

(i) Risiko volatiliti harga yang lebih rendah

Secara umum, spread trading cenderung bergerak dengan cara yang lebih stabil berbanding perdagangan langsung.

Sebagai contoh, kontrak FCPO-MAY24 secara langsung mungkin bergerak hingga 100 tick pada sesuatu hari.

Sementara itu, spread FCPO-MAY24JUN24 pula mungkin hanya bergerak 7 tick pada hari yang sama.

(ii) Keperluan margin yang lebih rendah

Jadual dibawah menunjukkan keperluan margin semasa artikel ini ditulis

Gambar 3 : Jadual margin yang diperlukan untuk berdagang outright atau spread

Secara ringkasnya, calendar spread trading memerlukan initial margin yang rendah untuk memulakan perdagangan berbanding dengan outright trading

Cara Buka Akaun untuk Spread Trading FCPO

Anda hanya perlu buka akaun trading derivatif untuk bermula spread trading. Ianya adalah akaun yang sama dengan akaun trading outright. Baca cara mula trade FCPO di sini

Jika anda belum mempunyai akaun FCPO, anda boleh daftar akaun secara percuma dengan klik link di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Cara Buka Akaun FCPO

Pengenalan Akaun FCPO Sebelum bermula untuk berdagang Futures Crude Palm Oil atau FCPO, anda perlu membuka terlebih dahulu akaun dagangan derivatives dengan broker sah yang

Baca selanjutnya »