Press Release TIIH
Selepas tarikh balloting, TIIH atau MIH akan mengeluarkan keputusan balloting. Jadi untuk balloting Vestland Berhad ia di TIIH. Dari Press release ini kita boleh dapat tahu beberapa perkara iaitu :
1. Sebanyak 14,227 orang bersamaan dengan 914,888,000 unit saham telah di mohon dalam kategori “MALAYSIAN PUBLIC”. Tetapi peruntukan unit saham untuk Malaysian Publlic hanyalah 47,216,000. Jadi sebanyak 18.38 kali terlebih langganan.
2. Dari 14,227 ini pula kita boleh tahu 2 perkara iaitu :
a) Sebanyak 7994 orang yang memohon adalah dalam kategori Bumiputra iaitu sebanyak 353,468,000 unit saham yang mewakili sebanyak 13.97 kali terlebih langganan
b) Sebanyak 6233 orang yang memohon adalah dalam kategori Public iaitu sebanyak 561,420,000 unit saham yang mewakili sebanyak 22.78 kali terlebih langganan
Cara Baca Keputusan Balloting
Dari gambar ini kita pecahkan kepada dua iaitu
1. Bumi sebanyak 23,608,000 unit saham
2. Public sebanyak 23,608,000 unit saham
Perkara penting :
1. Denomination – ini adalah julat unit saham. Contoh 100 ke 900 unit saham.
2. Total number of applications received – ia adalah jumlah permohonan. Contoh dalam julat 100 ke 900 unit terdapat 639 orang memohon untuk kategori Bumi dan 637 orang dalam kategori Public
3. Number of successful Applications – Ini adalah jumlah yang berjaya dapat IPO ini. Kita ambil contoh julat 100 ke 900, sebanyak 90 orang berjaya dari 639 orang yang memohon untuk Bumi, manakala 40 orang berjaya dari 637 orang yang memohon untuk Public
4. Success Rate (%) – ia adalah peratusan berjaya dapat. Cara kiranya adalah Total number of successful Applications / Total number of applications. Jadi contoh untuk 100 ke 900 unit saham, bagi kategori Bumi success rate adalah 14.08% dan untuk kategori Public success rate adalah 6.28%
5. Number of shares / successful applicant – ini adalah jumlah unit saham akan diberikan kepada setiap orang yang berjaya. Contoh julat 100 ke 900, untuk bumi dan public setiap orang akan menerima 100 unit saham.
6. Total number of shares alloted – ini bermaskud untuk setiap julat jumlah keseluruhan unit saham yang diperuntukkan. Contoh untuk julat 100 ke 900 unit, bagi Bumi sebanyak 9000 unit dan Public sebanyak 4000 unit saham diperuntukkan
7. Shares alloted % – ia bermaskud peratusan unit saham untuk setiap julat dari keseluruhan unit yang diperuntukkan
Kesimpulan
Semoga dengan perkongsian ini, mendapat satu ilmu baru dalam membaca balloting result. Tahniah bagi yang berjaya, yang tidak berjaya ianya bukan reezeki anda. Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat kajian terperinci melalui pembacaan prospectus yang telah disediakan. Boleh download di website Bursa Malaysia . Saya sebagai Remisier pun akan biasanya membuat live bersama client saya untuk detailkan tentang sesuatu IPO. Nak join? Jom buka akaun cds di bawah saya
Buka akaun cds sekarang bersama saya