Press Release MIH
Selepas tarikh balloting, TIIH atau MIH akan mengeluarkan keputusan balloting. Jadi untuk balloting Nationgate Holdings Berhad ia di MIH. Dari Press release ini kita boleh dapat tahu beberapa perkara iaitu :
1. Sebanyak 20,444 orang bersamaan dengan 1,813,586,900 unit saham telah di mohon dalam kategori “MALAYSIAN PUBLIC”. Tetapi peruntukan unit saham untuk Malaysian Publlic hanyalah 103,696,800. Jadi sebanyak 16.49 kali terlebih langganan.
2. Dari 20,444 ini pula kita boleh tahu 2 perkara iaitu :
a) Sebanyak 9,431 orang yang memohon adalah dalam kategori Bumiputra iaitu sebanyak 523,502,600 unit saham yang mewakili sebanyak 9.1 kali terlebih langganan
b) Sebanyak 11,031 orang yang memohon adalah dalam kategori Public iaitu sebanyak 1,290,084,300 unit saham yang mewakili sebanyak 23.88 kali terlebih langganan
Cara Baca Keputusan Balloting
Dari gambar ini kita pecahkan kepada dua iaitu
1. Bumi sebanyak 51,848,400 unit saham
2. Public sebanyak 51,848,400 unit saham
Perkara penting :
1. Denomination – ini adalah julat unit saham. Contoh 100 ke 1000 unit saham.
2. Total number of applications received – ia adalah jumlah permohonan. Contoh dalam julat 100 ke 1000 unit terdapat 764 orang memohon untuk kategori Bumi dan 511 orang dalam kategori Public
3. Number of successful Applications – Ini adalah jumlah yang berjaya dapat IPO ini. Kita ambil contoh julat 100 ke 1000, sebanyak 314 orang berjaya dari 764 orang yang memohon untuk Bumi, manakala 64 orang berjaya dari 511 orang yang memohon untuk Public
4. Success Rate (%) – ia adalah peratusan berjaya dapat. Cara kiranya adalah Total number of successful Applications / Total number of applications. Jadi contoh untuk 100 ke 1000 unit saham, bagi kategori Bumi success rate adalah 41.1% dan untuk kategori Public success rate adalah 12.52%
5. Number of shares / successful applicant – ini adalah jumlah unit saham akan diberikan kepada setiap orang yang berjaya. Contoh julat 100 ke 1000, untuk bumi dan public setiap orang akan menerima 100 unit saham.
6. Total number of shares alloted – ini bermaskud untuk setiap julat jumlah keseluruhan unit saham yang diperuntukkan. Contoh untuk julat 100 ke 1000 unit, bagi Bumi sebanyak 31400 unit dan Public sebanyak 6400 unit saham diperuntukkan
7. Shares alloted % – ia bermaskud peratusan unit saham untuk setiap julat dari keseluruhan unit yang diperuntukkan
Kesimpulan
Semoga dengan perkongsian ini, mendapat satu ilmu baru dalam membaca balloting result. Tahniah bagi yang berjaya, yang tidak berjaya ianya bukan reezeki anda. Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat kajian terperinci melalui pembacaan prospectus yang telah disediakan. Boleh download di website Bursa Malaysia . Saya sebagai Remisier pun akan biasanya membuat live bersama client saya untuk detailkan tentang sesuatu IPO. Nak join? Jom buka akaun cds di bawah saya
Buka akaun cds sekarang bersama saya