Apa itu Saham & Saham untuk semua bukan golongan elit sahaja

Kongsikan:

Jika 20 tahun dulu saham ini hanya untuk golongan “Elit” sahaja, orang biasa memang tak mampu dan tidak didedahkan dengan ilmu pelaburan saham. Tetapi sejak pandemik 2020 ramai mula mengenali. Saham adalah untuk semua orang yang ada ilmunya.

Apa itu Saham?

Ia adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Jadi apa bila kita memegang ekuiti sesebuah syarikat kita sebenarnya adalah pemilik syarikat tersebut yang mana kita layak hadir dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Kita juga boleh menerima dividen dari syarikat itu jika ada diberikan. Yang menarik lagi, bagi muslim terdapat lebih 700 syarikat-syarikat di Bursa Malaysia patuh shariah. Jadi tiada was-was lagi pasal hukum.

Kenapa saham?

Sebelum saya mengupas lebih lanjut kenapa saham?, adakah anda tahu dimanakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaburkan duit anda? Yerlah setiap tahun bagi pencarum KWSP akan menerima dividen, jika KWSP tidak melabur bagaimana ia mampu memberikan dividen? Begitu juga Tabung Haji, ASB dan lain-lain lagi. Jawapannya salah satu tempat institusi besar ini melabur adalah dalam saham. Memilikki pegangan dalam syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia. Berbalik kepada kenapa ?

  1. Own Decision Making – maksudnya anda sendiri yang membuat keputusan untuk beli atau jual apa sahaja syarikat yang ada di BURSA MALAYSIA dan apabila anda membelinya ia tercatat nama anda sendiri bukan fund manager atau lain-lain
  2. Liquid – maksudnya andai kata anda perlukan duit untuk kecemasan, saham anda beli boleh dijual terus waktu market open dan keluarkan duit itu dari cds. Mudah
  3. Tiada masa yang tetap – maksudnya saham ini ikut masa anda, anda boleh kaji waktu bila anda lapang dan beli waktu market buka. Tidak perlu menghadap setiap masa kecuali anda ingin “intraday” baru betul dari pagi sampai petang menghadapnya je
  4. Belajar selok belok bisnes – dari saham kita boleh belajar selok belok bisnes melalui kita hadir AGM. Kita lihat cara mereka menguruskan syarikat. Cara mereka nak kembangkan syarikat dan lain-lain lagi
  5. Untung – dalam saham kita boleh dapat untung dari banyak sudut seperti “capital gain” , “dividen” , “bonus issue” dan lain-lain lagi

Halal ke Saham ini?

Sebagai seorang muslim, halal ini sangat penting. Jadi untuk persoalan ini, anda tidak perlu risau kerana saham ini ada panel shariahnya tersendiri di bawah Suruhanjaya sekuriti atau Securities Commission yang di kenali dengan MPS – (Majlis Penasihat Shariah SC) . Jadi MPS akan menilai keseluruhan syarikat yang ada di Bursa Malaysia shariah atau tidak. Setiap tahun 2 kali MPS bersidang untuk menentukan semua syarikat yang ada iaitu pada bulan Mei dan November.

Kesimpulan

Tidak rugi anda mula belajar dari sekarang. Tanam dalam diri belajar untuk faham. Dari faham baru mula melabur. Ilmu yang dipelajari boleh diwarisi kepada anak-anak dan keluarga. Jadi tawaran dari saya, anda boleh mula belajar Percuma sahaja dengan saya

Buka akaun cds sekarang bersama saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Cara Buka Akaun FCPO

Pengenalan Akaun FCPO Sebelum bermula untuk berdagang Futures Crude Palm Oil atau FCPO, anda perlu membuka terlebih dahulu akaun dagangan derivatives dengan broker sah yang

Baca selanjutnya »