Apa beza SSPN Prime dan SSPN Plus – Simpanan untuk anak

Kongsikan:

sumber website https://sspnplus.com/

SSPN Prime

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i telah dijenamakan kepada Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini. Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dari 2004 sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 4,346,433. Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari 2005 sehingga Julai 2021 bagi akaun Simpan SSPN Prime adalah sebanyak 2,072

7 Manfaat SSPN Prime

sumber website https://daftarsspni.com/simpan-sspn-prime/

SSPN Plus

Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini. Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia. Sehingga 31 Julai 2021, sebanyak 694,792 akaun Simpan SSPN Plus telah dibuka. Daftar akaun Simpan SSPN Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda

Manfaat bagi SSPN Plus

sumber website https://daftarsspni.com/

Pakej yang ada dalam SSPN Plus

Terdapat 6 pakej iaitu :

1. Pakej Intan – iaitu RM30 sebulan. Dari RM30, RM20 adalah simpanan dan RM10 adalah sumbangan Takaful

2. Pakej Delima – iaitu RM50 sebulan. Dari RM50, RM40 adalah simpanan dan RM10 adalah sumbangan Takaful

3. Pakej Topas – iaitu RM100 sebulan. Dari RM100, RM90 adalah simpanan dan RM10 adalah sumbangan Takaful.

4. Pakej Zamrud – iaitu RM200 sebulan. Dari RM200, RM180 adalah simpanan dan RM20 adalah sumbangan Takaful.

5. Pakej Nilam – iaitu RM300 sebulan. Dari RM300, RM270 adalah simpanan dan RM30 adalah sumbangan Takaful.

6. Pakej Nilam – iaitu RM500 sebulan. Dari RM500, RM200 adalah simpanan dan RM300 adalah sumbangan Takaful.

Kesimpulan

Ia bergantung kepada anda, jika anda suka dengan pakej potongan setiap bulan supaya anda tidak lupa untuk menyimpan SSPN Plus adalah produk untuk anak anda manakala jika anda memang displin menyimpan sudah memadai membuka akaun SSPN PRIME dan setiap bulan menabung untuk anak anda. Artikel ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan tentang perbezaan SSPN PRIME dan SSPN PLUS. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke Pejabat PTPTN berdekatan dengan anda atau website https://daftarsspni.com/ https://sspnplus.com/ yang mana website adlaah sumber rujukan untuk artikel ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Cara Buka Akaun FCPO

Pengenalan Akaun FCPO Sebelum bermula untuk berdagang Futures Crude Palm Oil atau FCPO, anda perlu membuka terlebih dahulu akaun dagangan derivatives dengan broker sah yang

Baca selanjutnya »