Cara Mula Trade FCPO

Kongsikan:

Apa itu FCPO

FCPO, atau Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, merupakan kontrak yang diperdagangkan di Bursa Malaysia Derivatif. Kontrak ini menggunakan Ringgit Malaysia (MYR) sebagai denominasi. FCPO telah menjadi penanda aras harga global bagi Pasaran Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980. Kontrak ini aktif digunakan oleh industri minyak makan dan lemak sebagai cara untuk mengawal risiko, serta oleh pengurus dana dan institusi kewangan untuk mengelola naik turun harga di pasaran. Sumber maklumat lanjut adalah di website Bursa Malaysia.

Status Shariah FCPO

Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-11 pada 26 November 1997, memutuskan bahawa kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah adalah diharuskan kerana ia selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Selain itu, CSG-CIMB juga telah menjadi broker pertama yang menawarkan pembukaan akaun patuh shariah bagi produk futures di Malaysia. Anda tidak perlu bimbang kerana CGS CIMB telah mengambil inisiatif melantik panel shariah bertauliah untuk menawarkan akaun ini. Anda boleh buka akaun FCPO patuh syariah di sini.

Spesifikasi Kontrak FCPO

Berikut adalah spesifikasi kontrak bagi FCPO. Saiz kontrak yang didagangkan adalah 25 Tan Metrik (MT). Waktu dagangan untuk hari isnin hingga khamis ialah 10:30 pagi sehingga 11:30 malam. Waktu dagangan pada hari Jumaat pula ialah 10:30 pagi sehingga 6:00 petang. Sesi malam ialah sesi dagangan T+1 , sebagai contoh, sesi malam hari Isnin ialah sesi dagangan yang sama dengan siang hari Selasa.

Turun naik harga untuk 1 tick adalah RM 1.00. Maka, untuk setiap 1 tick kenaikan atau penurunan, anda akan untung atau rugi RM25 kerana saiz kontrak ialah 25 Metrik Tan

Contoh kiraan untung / rugi;

30 tick harga naik / jatuh x RM25 = RM750 bagi kenaikan atau kejatuhan harga sebanyak 30 tick !

Penyelesaian akhir bagi kontrak FCPO ialah penyerahan Fizikal.

Mula Trade FCPO

Perkara pertama sebelum anda mula trade FCPO ialah anda perlu membuka akaun trading derivatives terlebih dahulu. Apabila anda membuka akaun trading derivatives, terdapat produk derivatives yang lain seperti FPKO, PEPO, FGLD, FKLI dan lain-lain yang boleh anda trade.

Tetapi awas, bukan semuanya patuh shariah! Jadi amat disarankan supanya anda membuka akaun patuh shariah futures bersama CGS-CIMB untuk mengelakkan anda ter”trade” produk tidak shariah.

Setelah membuka akaun, anda perlu menyediakan modal minimum sekurang-kurangnya RM4500 untuk trade 1 lot FCPO secara intraday ketika artikel ini ditulis. Ambil maklum bahawa modal permulaan atau margin sebanyak RM4500 ini akan berubah-ubah mengikut harga dan volatiliti semasa FCPO.

Pilihan modal yang lebih rendah adalah spread trading dimana anda boleh mula trade dengan modal serendah RM2000.

Yang terakhir dan paling penting, pastinya anda perlukan ilmu sebelum mula trade. Jangan risau kerana saya sebagai Futures Broker Representative (FBR) akan kerap membuat kelas percuma khusus untuk client yang buka akaun dengan saya.

Kesimpulan

FCPO adalah satu peluang dan alternatif yang boleh anda diceburi sekiranya anda minat dalam dunia trading. Ambil maklum bahawa ia adalah satu instrumen dagangan yang berisiko tinggi kerana volatiliti dan pergerakan harga yang drastik dalam sehari. Saya akan kupas kelebihan trade FCPO berbanding instrumen dagangan lain dalam artikel seterusnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Cara Buka Akaun FCPO

Pengenalan Akaun FCPO Sebelum bermula untuk berdagang Futures Crude Palm Oil atau FCPO, anda perlu membuka terlebih dahulu akaun dagangan derivatives dengan broker sah yang

Baca selanjutnya »