Cara Buka Akaun FCPO

Kongsikan:

Pengenalan Akaun FCPO

Sebelum bermula untuk berdagang Futures Crude Palm Oil atau FCPO, anda perlu membuka terlebih dahulu akaun dagangan derivatives dengan broker sah yang berdaftar dengan Bursa Malaysia Derivatives.

Akaun derivatives adalah berbeza dengan akaun CDS saham. Walaupun anda sudah mempunyai akaun CDS untuk jual beli saham di Bursa Malaysia, anda masih perlu membuka akaun derivatives untuk berdagang FCPO.

Sebagai Futures Broker Representative, saya menawarkan khidmat pembukaan akaun bersama broker CGS CIMB Futures. Broker ini adalah satu-satunya broker yang menawarkan pembukaan akaun derivatives Patuh Shariah buat masa ini.

Cara Buka Akaun FCPO

1. Layari link pendaftaran di sini. Perkara penting untuk masukkan Code Remisier Reference PR2Y502.

2. Pilih “Islamic” dan “Derivatives Shariah Compliant Futures Products“. Pilih Foreign Futures & Options sekiranya anda berminat untuk trade global futures patuh shariah seperti Soybean Oil dan Crude Oil.

3. Isikan maklumat peribadi.

4. Isikan maklumat pekerjaan, sumber pendapatan dan kewangan.

5. Pilih objektif pelaburan dan pengalaman dalam trading sekiranya ada.

6. Pilih sama ada anda mempunyai akaun dengan syarikat broker lain. Jika ya, tulis nama syarikat broker, contoh RHB, MPLUS atau lain-lain. Nyatakan Yes sekiranya anda mempunyai apa-apa hubungan (seperti hubungan keluarga) dengan pekerja / remisier CSG CIMB. Jika tidak, tick “No”.

7. Jawab soalan PEP, PEF dan maklumat pasangan.

8. Isikan maklumat bank.

9. Muat naik bank statement, slip gaji / penyata EPF / penyata cukai / bukti pendapatan. Wajib muat naik slip gaji sekiranya anda bekerja.

10. Baca dan setuju.

11. Isikan maklumat cukai seperti di bawah.

12. Baca dan setuju.

13. Masukkan campaign code F1010A dan nomber telefon. Tekan verify.

14. Masukkan code yang dihantar ke sms.

15. Tandatangan borang online.

16. Semak maklumat yang telah diisi dan tekan register.

17. Permohonan hampir siap ! Langkah seterusnya adalah untuk semak email anda untuk proses verifikasi emel, EKYC dan digital sign.

18. Lakukan verifikasi emel. Anda perlu lakukan dalam tempoh 15 minit selepas menerima emel verifikasi. Sekiranya gagal berbuat demikian, link akan tamat tempoh (expired) dan anda perlu hubungi khidmat pelanggan untuk dapatkan link yang baru.

19. Langkah seterusnya ialah lengkapkan eKYC. Anda disarankan untuk menggunakan handphone. Anda perlu menangkap gambar kad pengenalan depan dan belakang, merekod video selfie dan menjawab soalan kewangan peribadi. Gunakan browser Google Chrome.

20. Langkah terakhir ialah digital signature. Semak emel untuk lakukan langkah ini. Muat turun salinan permohonan. Kemudian, anda perlu masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Penutup

Permohonan hanya akan diproses sekiranya anda berjaya lengkapkan setiap langkah di atas. Proses buka akaun akan mengambil masa kurang 2 minggu.

Jika anda menghadapi sebarang masalah ketika proses pendaftaran, sila hubungi client support di telegram.

FBR akan menghubungi anda apabila akaun siap. Jumpa anda di dalam Group Support Client nanti!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan